Kisah Cinta Agung Muhammad Dan Aisyah Part 2

Suatu hari Rasulullah berkata kepada Aisyah..

”Wahai Aisyah, sesungguhnya aku tahu bila kamu gembira dan bila kamu marah padaku..”

Setelah mendengar ucapan Rasulullah, Aisyah bertanya..

”bagaimana kamu tahu?”

Jawab Rasulullah..”Jika kamu gembira, kamu akan berkata..tidak, Demi Tuhan yang mengutus Muhammad. Apabila kamu marah..kamu akan berkata..tidak, demi Tuhan yang mengutus Ibrahim”

Kemudian Aisyah berkata..”Memang benar, ya Rasul. Tapi demi Allah, sesungguhnya aku tidak meninggalkan diri mu wahai Rasulullah kecuali namamu sahaja..”

Meskipun Rasulullah tahu Aisyah sedang marah padanya, namun Baginda tidak membalas dengan memarahi Aisyah..tapi dari kata-kata Rasulullah tersebut ada kesan ingin menggoda Aisyah..Baginda ingin segera menghilangkan masalah yang membuat Aisyah marah..